• Faktor dan Punca pencemaran udara di kawasan sekolah. > ...MENCATAT NOTA, MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN ...
  • ...MENCATAT NOTA, MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN ...

    免费下载 下载该文档 文档格式:PDF   更新时间:2014-10-14   下载次数:0   点击次数:1
    APLIKASI GAYA BELAJAR (PENGURUSAN MASA, KEMAHIRAN MEMBACA, KEMAHIRAN MENCATAT NOTA, MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKUMPULAN) PELAJAR TINGKATAN EMPAT KEJURUTERAAN AWAM DI NEGERI KEDAH MOHD LUTFI BIN ARSHAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APLIKASI GAYA BELAJAR (PENGURUSAN MASA, KEMAHIRAN MEMBACA, KEMAHIRAN MENCATAT NOTA, MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKUMPULAN) PELAJAR TINGKATAN EMPAT KEJURUTERAAN AWAM DI NEGERI KEDAH MOHD LUTFI BIN ARSHAD FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004 ii iii DEDIKASI Diabadikan buat insan-insan yang tersayang Buat ibu dan ayah Yang dihormati, dikasihi dan disayangi Doa,jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang selamanya Terima kasih atas didikan yang diberi Buat isteri dan anakku Tersayang Pengorbanan dan kesabaran kalian amat ku sanjungi Dorongan yang diberikan meyakinkan impian Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama Setelah mengharungi detik yang berlalu Buat ahli keluarga yang di kasihi Teruskan arah perjuangan kalian Segala pengorbanan, sumbangan bakti kalian Akan ku kenang selamanya Buat teman-teman yang mengenali diri ini Terima kasih Atas persahabatan kita selama ini Semoga beroleh kejayaan bersama Semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t sentiasa Amin!. iv PENGHARGAAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t., selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kerana dengan izinNya memberi kekuatan dan ketabahan hati saya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Persediaan dan perancangan yang rapi amat perlu untuk melihat kejayaan projek ini kerana kejayaan tidak akan datang secara kebetulan, sebaliknya ia perlu dicari dan dikejar. Walau bagaimanapun kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa tunjuk ajar, bantuan, kerjasama, sokongan, galakan dan pengorbanan beberapa orang tertentu di sekeliling saya. Justeru itu di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Adnan bin Ahmad selaku penyelia yang begitu banyak membimbing dan membantu dengan idea-idea bernas. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua pihak samada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang banyak memberi sokongan dan dorongan semasa menyiapkan projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pengetua- pengetua, guru-guru serta pelajar-pelajar tingkatan 4 Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah-sekolah Menengah Teknik yang terlibat kerana telah memberi keizinan dan kerjasama kepada pengkaji untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah berkenaan. Kepada semua yang terlibat semoga segala jasa kalian diberi ganjaran dari Allah S.W.T. Amin. v ABSTRAK Pencapaian sederhana dalam matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Negeri Kedah perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan gaya belajar pelajar. Untuk itu satu kajian telah di jalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan empat Pengajian Kejuruteraan Awam di tiga buah sekolah yang menawarkan matapelajaran tersebut.Antara sekolah yang tepilih itu ialah Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium dan Sekolah Menengah Teknik Alor Star. Kajian ini dibataskan kepada lima aspek iaitu pengurusan masa, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran mengulangkaji pelajaran dan amalan pembelajaran bekumpulan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian A melibatkan latar belakang responden dan bahagian B melibatkan responden terhadap persoalan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social Science) version 11.0 dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman pelajar terhadap gaya pembelajaran berkesan yang digunakan berada pada tahap sederhana sahaja. Secara kesuluruhannya, hasil dapatan daripada kajian ini boleh membantu untuk kajian seterusnya dan mampu meningkatkan lagi mutu pencapaian pelajar-pelajar pada masa yang terdekat vi ABSTRACT The average performance of Pengajian Kejuruteraan Awam subject in Kedah should be concerned by all parties. This is to know the way student's studying. General form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium and Sekolah Menengah Teknik Alor Star were chosen. This study based on five aspects that are thing reading, writing, review and group studying. Two sets of instrument were used that are set A is to know about the students background and set B is to know how student's response on certain analysis. The data received is by analyzed uses SPSS (Statistical Packages For Social Science) version 11.0 in frequency, percentage and min. Overall, student's understand on study method is only average. This study can be used as a reference an will improve student's performance in future. vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL x SENARAI SINGKATAN xi SENARAI LAMPIRAN xii I PENDAHULUAN 1 1.0 Pengenalan 1 1.1 Latarbelakang Masalah 3 1.2 Pernyataan Masalah 5 1.3 Objektif Kajian 5 1.4 Persoalan Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 6 1.6 Batasan Kajian 7 1.7 Definisi Istilah 8 II SOROTAN PENULIS 10 2.0 Pengenalan 10 viii 2.1 Objektif Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam: 11 2.2 Kandungan Sukatan Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam 12 2.3 Gaya Pembelajaran 12 2.4 Teknik pengurusan masa dalam pembelajaran. 14 2.5 Teknik kemahiran membaca dalam pembelajaran 16 2.6 Teknik kemahiran mencatat nota dalam pembelajaran 18 2.7 Kemahiran mengulangkaji pelajaran yang betul. 20 2.8 Kemahiran pembelajaran berkumpulan 22 III METODOLOGI 26 3.0 Pengenalan 26 3.1 Kaedah Kajian 26 3.2 Populasi Kajian 27 3.3 Instrumen Kajian 27 3.4 Kaedah Pengumpulan Data 28 3.5 Kajian Rintis 29 3.6 Kajian Sebenar 29 3.7 Analsis Data 30 IV ANALISIS DATA 32 4.0 Pengenalan 32 4.1 Persoalan Kajian 33 4.2 BAHAGIAN A : Analisis Profail Dan Gaya Pembelajaran Berkesan Responden. 33 4.3 BAHAGIAN B : Dapatan Kajian 35 4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 36 ix 4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 38 4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 39 4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 41 4.4.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 43 4.4.6 Penutup 46 V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 47 5.0 Pengenalan 47 5.1 Perbincangan Kajian 47 5.1.1 Amalan Pengurusan Masa Dalam Pembelajaran Dengan Teratur. 48 5.1.2 Amalan Kemahiran Membaca Dalam Pembelajaran. 50 5.1.3 Amalan Kemahiran Mencatat Nota Dalam Pembelajaran. 51 5.1.4 Amalan Kemahiran Mengulangkaji Pelajaran Secara Sistematik. 52 5.1.5. Kemahiran Pembelajaran Berkumpulan Di kalangan Pelajar.53 5.2. Rumusan 55 5.3 Cadangan 57 5.4 Kajian Lanjutan 58 5.5 Penutup 59 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN A - E x SENARAI JADUAL NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT 1.1 Analisa keputusan SPM 2001 dan 2002 matapelajaran PKA 4 3.3 Taburan Iten Soal Selidik 27 3.3.1 Skal Likert Dengan Markah Skor 28 3.7.1 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 30 3.7.2 Pengelasan Dimensi Persoalan Kajian dan Peratus 31 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 33 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34 4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 34 4.4 Bilangan Responden Mengikut Gaya Belajar Berkesan 35 4.5 Min dan bilangan (peratus) item-item pengurusan masa 36 4.6 Min dan bilangan (peratus) item-item kemahiran membaca 38 4.7 Min dan bilangan (peratus) item-item mencatat nota 39 4.8 Min dan bilangan (peratus) item-item kemahiran ulangkaji 41 4.9 Min dan bilangan (peratus) item-item pembelajaran berkumpulan 43 xi SENARAI SINGKATAN FPM : Falsafah Pendidikan Negara KBSR : Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah PMR : Penilaian Menengah Rendah PKA : Pengajian Kejuruteraan Awam KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia JPT : Jabatan Pendidikan Teknikal SMT : Sekolah Menengah Teknik SMV : Sekolah Menengah Vokasional IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam JPN : Jabatan Pendidikan Negeri Kedah SPM : Sijil Pelajaran Malaysia BPPDP : Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia SPSS : (Statistical Packages For Social Science) xii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT A Surat Pengesahan Penyelidikan UTM 63 B Surat Kebenaran EPRD 64 C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 65 D Pengesahan Pakar Bidang 66 E Soal Selidik 67 i. Bahagian A ii. Bahagian B BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pengenalan Setiap masyarakat di dunia menyedari kepentingan pendidikan. Sejarah membuktikan sejak zaman dahulu lagi para ibu bapa, pendidik dan ahli psikologi sentiasa melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai disiplin pelajaran. Pelbagai agama yang menjadi anutan masyarakat di dunia, khasnya agama Islam amat mementingkan pendidikan. Agama Islam mengingatkan umatnya berkenaan kepentingan penyelidikan. Pendidikan perlu dimulakan seawal usia kanak- kanak atau bayi yang masih dalam kandungan.Dalam agama Islam menuntut ilmu merupakan satu perkara yang sangat dituntut sebagaimana sabda Rasullullah S.A.W. bermaksud : "Menuntut ilmu itu wajib ke atas muslimin dan muslimat" (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah) Falsafah Pendidikan Negara (FPN) mengungkapkan, Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990). 2 Liputan kurikulum masa kini yang mengambil kira Prinsip Rukun Negara dan FPN diterjemahkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Apabila diteliti dengan lebih mendalam, kurikulum KBSR menunjukkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah bercorak pendidikan asas. (Mohd Daud Hamzah, 1993) Matlamat KBSR adalah memperkembangkan individu pelajar secara menyeluruh yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi, jasmani, bakat, akhlak, sosial dan nilai estetika. Matlamat pendidikan sekolah menengah pula ialah membentuk rakyat Malaysia yang berperibadi unggul berasaskan perkembangan potensi individu sebagai insan yang patuh kepada Tuhan. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1987) Liputan kedua-dua kurikulum tersebut menunjukan terdapatnya daya usaha untuk menyediakan setiap individu pelajar pada masa hadapan. Pengembangan pembelajaran yang bersesuaian bagi memenuhi usaha- usaha tersebut perlu mengambil kira peringkat pertumbuhan pelajar secara individu. (Connell, 1981) Menurut Slavin (1994) pembelajaran ialah proses mental atau fizikal yang membawa kepada perubahan dalam tingkahlaku. Kebijaksanaan bukan sesuatu elemen statik tetapi adalah suatu sistem dinamik terbuka yang sentiasa berkembang sepanjang hayat. Kebanyakan proses pembelajaran yang siknifikan adalah daripada apa yang telah kita lakukan iaitu melalui tindakan dan pemerhatian. Menurut Honey dan Mumford (1992) pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru samada dalam bentuk pemahaman, kesedaran atau pun kemahiran. Dalam proses pembelajaran ini terdapat beberapa kecenderungan yang dimiliki dan diamalkan oleh individu. Kecenderungan ini termasuk kecenderungan untuk melalui pengalaman semasa mempelajari sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan untuk mempastikan implimentasi. Kecenderungan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang telah dijelaskan oleh Honey dan Mumford (1992). Sebagai satu proses sepanjang hayat umpama satu gelungan spring yang melingkar tanpa 3 penghujungnya. Tahap-tahap kecenderungan ini dapat menjelaskan bagaimana proses sesuatu pembelajaran dapat mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu. 1.1 Latarbelakang Masalah Pengalaman yang dilalui oleh seseorang itu amat penting di dalam proses pembelajaran. Ianya amat berguna untuk membawa perubahan kepada sikap dan tingkah laku seorang pelajar di dalam menghadapi satu pembelajaran (Sulaiman, 1996). Dalam konteks ini, pelajar-pelajar perlu mengetahui serta mengamalkan sistem atau gaya pembelajaran yang betul. Dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi pelajar, pelbagai usaha di ambil oleh pihak sekolah antaranya seperti motivasi pelajar, ceramah teknik menjawab soalan dengan mengundang penceramah-penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Gaya pembelajaran yang berbeza apabila digunakan dengan baik akan mendatangkan hasil yang berharga. Jika pelajar tidak mengetahui dan tidak menyedari di mana letaknya kekuatan belajar masing-masing mereka akan ketinggalan. Menurut Ainon dan Abdullah (1994) salah satu faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar ialah gaya mereka belajar. Peperiksaan SPM merupakan peristiwa penting bagi pelajar tingkatan lima di alam persekolahan. Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang bersistematik. Keazaman dan kesungguhan yang kuat akan dapat menggandingkan semua matapelajaran akademik merupakan ciri penting bagi menjamin kejayaan mereka dalam sebarang peperiksaan. Kecemerlangan pelajar menjadi harapan pelbagai pihak terutamanya ibubapa, pihak sekolah dan ahli masyarakat Keputusan yang di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia setiap tahun menunjukkan perubahan samada bertambah baik atau 4 merosot. Pelajar cemerlang biasanya dianggap mengamalkan gaya pembelajaran yang baik dan sentiasa menjadi perhatian pihak media bertanyakan resepi pembelajaran. Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) yang dijalankan di sekolah-sekolah menengah teknik di seluruh Malaysia tidak terkecuali dalam analisa keputusan peperiksaan apabila diumumkan. Keberkesanan kurikulum ini diukur melalui ujian yang dijalankan setelah proses pembelajaran berlaku. Dan ujian yang dijalankan sentiasa menguji kebolehan dan pencapaian pelajar , yang mana pencapaian banyak dikaitkan dengan cara atau gaya pelajar menangani sesuatu topik dalam pelajaran. Berikut adalah analisa keputusan SPM 2001 dan 2002 matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di tiga buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) di negeri Kedah (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, 2003). Jadual : Analisa keputusan SPM 2001 dan 2002 matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di tiga buah SMT di negeri Kedah Sekolah SPM 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8D 9E T.H. CALON 2001 13 20 17 20 13 16 3 2 1 0 105 SMT Alor Star 2002 2 4 14 28 25 19 8 4 1 1 105 2001 0 2 2 5 0 7 12 6 1 0 35 SMT Jln.Stadium 2002 3 2 6 10 4 4 3 0 0 0 32 2001 2 2 3 8 17 23 33 26 2 0 116 SMT Kulim 2002 0 5 17 28 40 23 15 2 1 0 131 Daripada Analisa SPM 2000 dan 2001 di atas pengkaji merasakan pencapaian sederhana ( kawasan yang digelapkan adalah terlalu tinggi dan keputusan cemerlang amat kurang). Data menunjukkan pencapaian sederhana (51%) dan (15%) cemerlang pada tahun 2001 manakala tahun 2002 pencapaian sederhana sebanyak (60%) dan cemerlang hanya (5%) daripada jumlah calon yang mengambil peperiksaan. Menurut Hunt (1981) gaya pembelajaran boleh merujuk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling berkesan berlaku. Oleh itu bolehlah dikatakan gaya pembelajaran amat abstark dan berbeza di antara individu ( Ee Ah Meng, 1994). 5 1.2 Pernyataan Masalah Gaya pembelajaran harus sesuai dan tepat bagi memenuhi kehendak pelajar dan grid ujian atau peperiksaan. Sesuatu aktiviti pembelajaran yang berjaya bergantung kepada kesediaan pelajar memilih operasi yang wajar,mengekalkan pengeluaran operasi tersebut dan mengeluarkan sejumlah usaha ke arah matlamat yang di kehendaki ( Mohd.Daud Hamzah, 1990 ). Oleh yang demikian pengkaji ingin mengetahui apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar tingkatan empat Pengajian Kejuruteraan Awam. 1.3 Objektif Kajian Ojektif kajian ini adalah untuk:- 1.3.1 Mengenalpasti amalan pengurusan masa pembelajaran di kalangan pelajar pelajar tingkatan empat PKA 1.3.2 Mengenalpasti amalan kemahiran membaca dalam pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat PKA 1.3.3 Mengenalpasti amalan kemahiran mencatat nota dalam pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat PKA 1.3.4 Mengenalpasti amalan kemahiran mengulangkaji pelajaran secara sistematik di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat PKA 1.3.5 Mengenalpasti amalan pembelajaran berkumpulan dikalangan pelajar-pelajar tingkatan empat PKA 6 1.4 Persoalan Kajian Konsep pembelajaran dan kaedah belajar yang betul merupakan faktor yang penting untuk menentukan kejayaan dan kecemerlangan individu dalam pelajaran. Mohd. Yunus (1990), kaedah ini akan membantu pelajar menyaksikan masalah pencapaian akademik supaya pelajar dapat menikmati kejayaan cemerlang. Tegasnya kaedah pembelajaran yang baik dan betul hendaklah dipelajari, kemudian di praktikkan secara berterusan oleh setiap pelajar. Dengan menggunakan kaedah seperti ini masa dan tenaga dapat dimanfaatkan secara secara optimum untuk mencatatkan keputusan yang cemerlang. Oleh itu pengkaji ingin mengetahui : 1.4.1 Adakah pelajar-pelajar tingkatan empat PKA mengamalkan pengurusan masa pembelajaran dengan teratur ? 1.4.2 Adakah pelajar-pelajar tingkatan empat PKA mengamalkan kemahiran membaca dalam pembelajaran ? 1.4.3 Adakah pelajar-pelajar tingkatan empat PKA mengamalkan kemahiran mencatat nota dalam pembelajaran ? 1.4.4 Adakah pelajar-pelajar tingkatan empat PKA mengamalkan kemahiran mengulangkaji pelajaran secara sistematik ? 1.4.5 Adakah amalan pembelajaran berkumpulan di kalangan pelajar tingkatan empat PKA dipraktikan ?
  • 下载地址 (推荐使用迅雷下载地址,速度快,支持断点续传)
  • 免费下载 PDF格式下载
  • 您可能感兴趣的
  • danjidoudizhu  danstevens  dantri  4399dan  dan  dan361  360dan  yadanziyou  danosborne  japanesemomdanson